awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis, tentera Indonesia kejar suspek hingga ceroboh sempadan Sabah

Bernama
Bernama
14/03/2015
09:57 MYT
Polis, tentera Indonesia kejar suspek hingga ceroboh sempadan Sabah
NOOR RASHID: PDRM akan menyiapkan laporan siasatan dengan menilai semua aspek termasuk hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat anggota tenteranya yang ditahan Jumaat kerana dipercayai menceroboh masuk sempadan negara di Pulau Sebatik, Tawau.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata tindakan anggota polis dan tentera Indonesia itu menyalahi undang-undang kerana memasuki Malaysia tanpa melalui prosedur imigresen yang betul selain membawa masuk senjata api.
"Walaupun tujuan mereka adalah bagi mengecam dan mengambil semula seorang suspek kes bunuh anggota tentera republik itu, yang ditangkap PDRM pada 10 Mac lalu, namun cara yang digunakan mereka adalah kurang tepat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Lembayung Hidayah Saudara Baharu Zon Sabah di sini Sabtu.
Noor Rashid berkata PDRM akan menyiapkan segera laporan siasatan dengan melihat daripada semua aspek termasuk hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia serta pandangan Timbalan Pendakwa Raya.
Kesemua anggota polis dan tentera termasuk tiga orang awam warga Indonesia itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, katanya.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Senjata Api 1960.
Topic Berkaitan
#anggota keselamatan
#ceroboh
#Indonesia
#Malaysia
#Pulau Sebatik
#Sabah
#sempadan
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan