awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand kesan seorang lagi suspek tembak mati rakyat Malaysia di Sungai Golok

Bernama
Bernama
11/11/2025
13:16 MYT
Polis Thailand kesan seorang lagi suspek tembak mati rakyat Malaysia di Sungai Golok
Seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak pada 2 November lalu dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok. Gambar suasana pengebumian mangsa di Pasir Mas, Kelantan. - Bernama
NARATHIWAT: Polis Thailand sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, selatan Thailand, pada 1 November lepas.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Prayong Kotsakha berkata suspek berkenaan dikenali sebagai Salip Samae, 27, yang merupakan penduduk tempatan di pekan itu.
Beliau berkata siasatan mendapati Salip merupakan adik kepada seorang lagi suspek, Alif Samae, 31, yang telah menyerah diri kepada polis pada 2 Nov.
"Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada suspek memiliki dua kerakyatan atau sebaliknya. Jika dia melarikan diri ke negara jiran, kemungkinan besar laluan yang digunakan adalah laluan haram," katanya kepada media Malaysia menerusi jurubahasa tempatan baru-baru ini.
Prayong berkata pihaknya sedang giat mengesan suspek dan melaksanakan sekatan jalan raya bagi membantu siasatan serta menyelesaikan kes pembunuhan itu.
Pada 2 Nov lalu, Bernama melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis thailand
#kes tembak mati
#rakyat Malaysia
#Sungai Golok
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan