awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas sindiket seludup minyak diesel bersubsidi di Johor

Bernama
Bernama
30/01/2024
14:37 MYT
Polis tumpas sindiket seludup minyak diesel bersubsidi di Johor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi, selepas menahan tiga lelaki tempatan dan 13 kru kapal warga asing di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor pada Khamis lepas. - Foto FB Polis Johor
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi, selepas menahan tiga lelaki tempatan dan 13 kru kapal warga asing di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor pada Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata serbuan yang dilakukan pihaknya bersama Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin Wilayah Dua itu, berjaya merampas 138,270 liter diesel bersubsidi.
Beliau berkata turut dirampas antaranya sebuah lori tangki minyak, sebuah kapal kargo minyak, dua pam flow meter, dua pam minyak, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM20.6 juta.
"PDRM sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi bagi memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hazani berkata kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#seludup minyak diesel bersubsidi
#pelabuhan johor
#Unit Risikan Marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan