awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Porsche Macan GTS, 0-100km/j dalam lima saat!

Astro Publication
Astro Publication
29/10/2015
08:59 MYT
Porsche Macan GTS, 0-100km/j dalam lima saat!
Porsche juga ada membawa sesuatu yang istimewa ke Tokyo; sebuah SUV yang pasti akan menarik minat mereka yang praktikal dan juga inginkan prestasi tinggi – Macan GTS. Seperti biasa, tiga huruf ini menjanjikan pengendalian lebih lincah dan juga keunikan tambahan pada rekaan asal. Pertama, ia 15mm lebih rendah daripada Macan biasa hasil daripada casis PASM. Ini ditambah pula dengan roda 20 inci RS Spyder. Di bahagian dalam pula kelihatan kerusi GTS dan penggunaan kemasan Alcantara pada, antara lain, panel tengah dan papan pemuka. Sistem Pengurusan Komunikasi (PCM) versi terkini juga muncul buat pertama kali di dalam model SUV Porsche. Antara penambahan ciri adalah ketersambungan telefon pintar menerusi Apple CarPlay. Namun yang menjadi fokus bagi mana-mana model yang dilengkapi spesifikasi GTS adalah prestasi pemanduan. Untuk itu, Macan GTS ini diperkasa tambahan output sebanyak 20hp berbanding Macan S menjadikannya berjumlah 360hp. Tork pula adalah 500Nm. Dengan ini, ia hanya disaingi oleh varian Macan Turbo. Sistem brek juga dipertingkatkan untuk memberi pemandu kawalan ke atas kemampuan baharu ini. Pecutan 0-100km/j mengambil masa sepantas 5.0 saat jika turut dipasang pakej pilihan Sport Chrono (Jika tidak, 5.2 saat). Jangan lupa, bunyi yang keluar daripada sistem ekzos sekarang adalah jauh lebih garang! Jualan bagi Porsche Macan GTS sudahpun bermula pada harga €73,400 (lebih kurang RM344,909 mengikut kadar tukaran semasa. Tanpa mengira cukai-cukai tempatan)
(Klik untuk galeri penuh)
Topic Berkaitan
#
# GTS
# macan
#Porsche
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan