awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPM tahan lelaki bersama rokok seludup bernilai RM609,840

Bernama
Bernama
02/11/2023
14:15 MYT
PPM tahan lelaki bersama rokok seludup bernilai RM609,840
Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang Supt Rohizan Mohamad Saaid (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan 4,400 karton bersamaan 528,00 batang rokok bernilai RM609,840 yang dirampas dalam operasi khas semalam. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu menahan seorang lelaki dan merampas 528,000 batang rokok jenis kretek jenama surya gudang garam bernilai RM609,840 termasuk cukai yang disyaki rokok seludup selepas menyerbu sebuah van di Kilometer 166.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, di Sungai Bakap, dekat sini semalam.
Timbalan Komander PPM Wilayah Satu Supt Rohizan Mohamad Saaid berkata van yang dipandu lelaki berusia 54 tahun itu diserbu di hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Bakap pada pukul 6 pagi susulan risikan dan intipan pasukannya dalam Operasi Khas Kontraban
Beliau berkata pihaknya menemukan 55 guni berisi 4,400 karton mengandungi 528,000 batang rokok kretek dipercayai diseludup masuk dari Indonesia bernilai RM609,840 termasuk cukai di dalam van itu.
Bercakap pada persidangan media di sini hari ini katanya berdasarkan siasatan awal, rokok itu dibawa dari Indonesia ke Terengganu menerusi jalan laut, dan lelaki yang berperanan sebagai "penghantar" itu pula akan membawa rokok berkenaan dari Terengganu untuk dipasarkan di Pulau Pinang.
Kegiatan itu dipercayai telah bermula sejak tiga bulan lepas, dan lelaki berkenaan melakukan perjalanan bagi menghantar rokok tersebut sebanyak dua kali seminggu, dengan mendapat upah RM500 bagi setiap perjalanan.
Rohizan berkata lelaki yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu direman hingga 10 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPM
#tahan lelaki
#rokok seludup
#polis marin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan