awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPM tahan lelaki, rampas arak tiruan

Bernama
Bernama
11/07/2023
09:18 MYT
PPM tahan lelaki, rampas arak tiruan
Lelaki itu direman hingga 24 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis minuman keras disyaki tiruan dalam serbuan di sebuah premis di Skudai di sini, Ahad lepas.
Timbalan Ketua Polis Johor DCP M. Kumar berkata penahanan lelaki berusia 35 tahun dan rampasan di premis yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan serta memproses minuman keras tiruan itu dilakukan kira-kira 10.30 malam.
"Lelaki itu disyaki berperanan sebagai 'transporter' (pengangkut).
"Kesemua rampasan termasuk minuman keras, peralatan memproses dan sejumlah barangan lain dianggar bernilai RM241,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu direman hingga 24 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minuman keras
#Pasukan Polis Marin
#PPM wilayah dua
#arak tiruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan