awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Suraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premier saran ACCCIS jalin kerjasama percepat transformasi Sarawak

Bernama
Bernama
15/06/2025
01:40 MYT
Premier saran ACCCIS jalin kerjasama percepat transformasi Sarawak
Abang Johari memuji ACCCIS atas sumbangan besar selama enam dekad dalam pembangunan ekonomi Sarawak, serta mengiktiraf kerjasama berterusan mereka dengan pentadbiran negeri sejak 1965. - Foto UKAS
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) supaya menjalinkan kerjasama lebih erat dengan kerajaan negeri untuk membantu mempercepat pertumbuhan ekonomi Sarawak.
Beliau berkata peluang sentiasa terbuka untuk ACCCIS bekerjasama dengan pelabur, dan kerajaan negeri bersedia memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif mereka.
Bercakap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-60 ACCCIS malam tadi, Abang Johari berkata dasar ekonomi negeri pada masa ini memberi tumpuan kepada kekuatan dalam tenaga mampan, yang bukan sahaja untuk tujuan eksport tetapi turut menjadi tarikan utama kepada para pemain industri.
"Jika mereka ingin menghasilkan sesuatu produk dan memerlukan tenaga, pelabur akan datang ke sini sekiranya kita menawarkan tenaga mampan pada harga yang berdaya saing. Kini, peluang itu sedang menanti kita. Jadi, saya berharap ACCCIS dapat bekerjasama dengan kita," katanya.
Beliau turut memuji ACCCIS atas sumbangan besar selama enam dekad dalam pembangunan ekonomi Sarawak, serta mengiktiraf kerjasama berterusan mereka dengan pentadbiran negeri sejak 1965.
"Sudah semestinya komuniti perniagaan terdiri daripada golongan yang cekal dan sentiasa berpandangan jauh dalam usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi seiring peredaran masa," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Presiden ACCCIS Kong Chiong Ung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ekonomi Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#ACCCIS
#Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan