awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Premis penyimpanan makanan ringan guna logo halal tanpa kelulusan diserbu

Junaidi Ladjana
Junaidi Ladjana
25/03/2021
14:09 MYT
Premis penyimpanan makanan ringan guna logo halal tanpa kelulusan diserbu
Hasil pemeriksaan mendapati semua makanan ringan yang diimport ini telah menggunakan penandaan halal yang tidak diperakui oleh JAKIM.
KOTA KINABALU: Sebuah premis tempat penyimpanan makanan ringan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di sini, diserbu kerana dipercayai menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tanpa kelulusan.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, Georgie Abas berkata, serbuan jam 11 pagi Rabu itu turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
"Hasil pemeriksaan mendapati semua makanan ringan yang diimport ini telah menggunakan penandaan halal pada setiap bungkusannya yang tidak diperakui oleh JAKIM.
"Semua produk makanan ringan yang diimport membabitkan nilai rampasan RM40,946.50," katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.
Katanya, kes disiasat mengikut Perengan 4(1)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi suatu kesalahan mengikut Perenggan 8(b) perintah yang sama.
"KPDNHEP Sabah akan terus mempergiatkan usaha untuk melindungi pengguna daripada penyalahgunaan penandaan halal oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kita tidak akan berkompromi sekiranya terdapat premis yang menggunakan penandaan halal yang tidak diperakui," katanya.
Topic Berkaitan
#logo halal
#JAKIM
#premis penyimpanan makanan ringan
#import
#diserbu
#KPDNHEP
#Sabah
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan