awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
Kenaikan insentif pertanian legakan pesawah, petani - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Filipina diberi kuasa darurat untuk kurangkan atau gantung cukai minyak

Bernama
Bernama
25/03/2026
16:27 MYT
Presiden Filipina diberi kuasa darurat untuk kurangkan atau gantung cukai minyak
Ferdinand Marcos Jr. menandatangani undang-undang Akta Republik 12316 pada Rabu, yang memberikan kuasa darurat kepada pihak eksekutif untuk menggantung atau mengurangkan cukai eksais ke atas produk petroleum secara sementara. - Gambar Reuters

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. menandatangani undang-undang Akta Republik 12316 pada Rabu, yang memberikan kuasa darurat kepada pihak eksekutif untuk menggantung atau mengurangkan cukai eksais ke atas produk petroleum secara sementara susulan kenaikan harga minyak global akibat konflik di Asia Barat, lapor Agensi Berita Filipina.

Langkah itu, yang merupakan gabungan Rang Undang-Undang Senat No. 1823 dan Rang Undang-Undang Dewan No. 8220, berkuat kuasa serta-merta selepas diwartakan.
Ia meminda Seksyen 148 Kanun Hasil Dalam Negeri 1997, yang membolehkan Presiden, dengan kerjasama Jabatan Tenaga dan atas syor Jawatankuasa Penyelarasan Belanjawan Pembangunan (DBCC), melaraskan cukai eksais apabila purata harga minyak mentah Dubai berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) mencecah atau melebihi US$80 setong selama sebulan sebelum perintah dikeluarkan.
Undang-undang ini membenarkan sama ada penggantungan penuh atau pengurangan separa cukai eksais ke atas produk petroleum tertentu dan mengehadkan penggunaan kuasa itu sehingga 31 Disember 2028.
Di bawah akta ini, syarikat minyak diwajibkan mengemukakan laporan bulanan komponen kos produk petroleum kepada Jabatan Tenaga, yang kemudiannya akan disalurkan kepada Kongres dan DBCC.
Biro Hasil Dalam Negeri serta Jabatan Kastam juga diarahkan menyediakan kemas kini bulanan bagi tujuan pengiraan cukai nilai tambah (VAT).
Akta ini turut mewajibkan Presiden mengemukakan laporan kepada kedua-dua dewan Kongres yang memperincikan asas fakta dan objektif dasar bagi penggantungan atau pengurangan cukai, anggaran hasil yang terlepas, manfaat sosial yang dijangka serta kesan terhadap inflasi, harga bahan api dan ekonomi secara keseluruhan.
Sebelum ini, Marcos menyatakan pihak eksekutif perlu menilai “masa paling sesuai untuk menggunakan kuasa baharu ini,” dengan mengambil kira syarat dalam undang-undang itu.
Langkah ini dibuat ketika harga minyak global meningkat, susulan pengisytiharan darurat tenaga negara baru-baru ini bagi membolehkan campur tangan kerajaan dilakukan dengan lebih pantas dalam aspek bekalan dan harga.
Pegawai berkata undang-undang ini akan memberi lebih banyak alat kepada pihak berkuasa untuk menstabilkan harga bahan api domestik serta mengurangkan tekanan inflasi ke atas isi rumah dan perniagaan.
-- BERNAMA-PNA
Topic Berkaitan
#Filipina
#cukai minyak
#harga bahan api
#produk petroleum
#Ferdinand Marcos Jr.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan