awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Rantau: Semak maklumat pengundian sebelum mengundi - SPR

Bernama
Bernama
07/04/2019
07:49 MYT
PRK Rantau: Semak maklumat pengundian sebelum mengundi - SPR
Bagi pengundi yang telah menerima Voter's Card atau telah mengetahui maklumat pengundian, mereka tidak perlu membuat semakan di barung semakan SPR sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi.
Pengundi di Bahagian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.27 Rantau yang tidak menerima kad pengundi (Voter's Card) boleh membuat semakan maklumat pengundian mereka lebih awal sebelum hari pengundian.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Azhar Azizan Harun berkata pengundi yang tidak menerima kad tersebut kemungkinan telah berpindah dan mereka boleh membuat semakan melalui saluran-saluran antaranya melayari portal SPR di www.spr.gov.my.
"Selain itu mereka juga boleh menghubungi talian 03-88927018 atau menyemaknya melalui aplikasi MySPR Semak atau SMS ke 15888 (taip SPR SEMAK NO.KAD PENGENALAN).
"Bagi pengundi yang telah menerima Voter's Card atau telah mengetahui maklumat pengundian, mereka tidak perlu membuat semakan di barung semakan SPR sebaliknya boleh terus ke saluran mengundi.
"Manakala bagi pengundi yang baru membuat semakan, mereka disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Menurutnya, para pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan voter's card atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.
"Voter's Card dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi," katanya.
PRK DUN Rantau akan diadakan pada 13 April ini manakala hari mengundi awal pada 9 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azhar Azizan Harun
#pengundi
#pilihan raya kecil
#PRK DUN Rantau
#prk rantau
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan