awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Amanah pantau kesihatan Salahuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2023
05:30 MYT
PRN: Amanah pantau kesihatan Salahuddin
MOHAMAD: Untuk PRN nanti, kami akan pantau keadaan Salahuddin setiap masa. - Gambar fail
TANAH MERAH: Parti Amanah Negara (Amanah) akan memantau tahap kesihatan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub dari semasa ke semasa menjelang pilihan raya begeri (PRN) 12 Ogos ini.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Salahuddin yang baharu selesai pembedahan kerana pendarahan otak ketika ini direhatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Menurut beliau, penglibatan Salahuddin pada PRN akan datang belum dapat diputuskan kerana bergantung kepada tahap kesihatan beliau.
“Alhamdulillah, sekarang ini dia (Salahuddin) sedang berehat di hospital, Insya-ALLAH akan kembali pulih dan stabil.
“Untuk PRN nanti, kami akan pantau keadaan beliau setiap masa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Walk About Projek Kelompok Tanaman Jagung di Kampung Paloh di sini pada Sabtu.
Sebelum itu, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dikejarkan ke wad kecemasan pada jam 10.15 malam Ahad setelah mengalami mual dan muntah-muntah.
Ahli Parlimen Pulai itu selamat menjalani pembedahan pada jam 8.30 pagi dan menerima rawatan susulan di unit rawatan rapi (ICU) serta dalam pengawasan pasukan perubatan hospital berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amanah
#Mohamad Sabu
#Salahuddin Ayub
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan