awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program vaksin AstraZeneca secara sukarela akan diperluas - Khairy

Bernama
Bernama
03/05/2021
09:44 MYT
Program vaksin AstraZeneca secara sukarela akan diperluas - Khairy
Di bawah pelaksanaan program vaksinasi kedua vaksin berkenaan, kerajaan akan menangani masalah individu yang tidak mempunyai akses Internet dan bekalan pengagihan vaksin. - Gambar fail/ Reuters
PUTRAJAYA: Program pelaksanaan suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) COVID-19 secara sukarela akan diperluaskan setelah kesemua semua 268,000 slot temu janji telah dipenuhi hanya dalam tempoh tiga jam, semalam.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata di bawah pelaksanaan program vaksinasi kedua vaksin berkenaan kelak, kerajaan akan menangani masalah individu yang tidak mempunyai akses Internet dan bekalan pengagihan vaksin.
"Demi perancangan masa depan program AstraZeneca (sukarela)... Kami akan menghubungi klinik komuniti supaya kami dapat (terus) menawarkan (vaksin) secara sukarela," katanya pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini, hari ini.
Menurut Khairy, Malaysia akan mempunyai bekalan vaksin AZ yang mencukupi apabila sebanyak 1.1 juta dos vaksin dijadualkan tiba dari kemudahan COVAX pada Mei ini dan pada Jun sebanyak 610, 000 dos akan diperoleh dari syarikat farmaseutikal AstraZeneca sendiri. Pada Julai sebanyak 410, 000 dos akan diterima manakala sebanyak 1.2 juta dos akan tiba pada Ogos dan September, nanti.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan memutuskan jarak masa untuk AZ esok berdasarkan keberkesanan, logistik dan peningkatan kes.
Topic Berkaitan
#vaksin
#AstraZeneca
#sukarela
#akan diperluas
#Khairy Jamaluddin
#PICK
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan