awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek limbungan kapal di Melaka akan wujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan - Ab Rauf

Bernama
Bernama
15/04/2023
08:28 MYT
Projek limbungan kapal di Melaka akan wujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan - Ab Rauf
Ab Rauf Yusoh (tiga, kanan) menyalakan pelita selepas Majlis Iftar di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hari ini. -Bernama
MELAKA: Projek limbungan kapal bernilai lebih RM2 bilion yang akan dibangunkan di Tanjung Bruas, Melaka bakal memberi pulangan ekonomi terbaik selain mewujudkan lebih 3,000 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata peluang pekerjaan itu merangkumi kategori pekerja tidak mahir, pekerja mahir serta pekerja berkemahiran tinggi khususnya dalam industri perkapalan.
"Kira-kira 90,000 kapal melalui perairan di Melaka dalam tempoh setahun dan pembangunan limbungan kapal ini akan menjadikan Melaka sebagai pusat maritim sekali gus mengangkat kedudukan negeri ini di mata dunia.
"Kerajaan negeri akan memberi sokongan terhadap cadangan ini untuk menjadikan Melaka sebagai satu lokasi industri maritim dunia di tengah-tengah kesibukan Selat Melaka," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas majlis iftar santai Ketua Menteri Melaka di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang disertai kira-kira 1,000 rakyat.
Ab Rauf berkata pembangunan limbungan kapal untuk pembaikan dan pembinaan kapal di Tanjung Bruas itu turut dijangka merancakkan lagi aktiviti maritim khususnya di kawasan pelabuhan itu.
Beliau berkata projek itu perlu direalisasikan dalam tempoh setahun selepas Memorandum Persefahaman (MoU) pembangunannya ditandatangani pada Khamis 13 April, 2023.
Pada Khamis, media melaporkan anak syarikat tidak langsung LBS Bina Group Bhd, Leaptec Engineering Sdn Bhd, menandatangani MoU dengan penyedia penyelesaian limbungan yang berpangkalan di Turkiye, Desan Deniz Ins San AS untuk meneroka cadangan membangunkan limbungan kapal di atas tanah tebus guna seluas 485.62 hektar di Melaka.
MoU itu ditandatangani di ibu pejabat Desan di Istanbul, Turkiye dan disaksikan Ab Rauf.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Projek limbungan kapal
#tanjung bruas
#peluang pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan