awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Panel Solar: SPRM nafi tak ambil tindakan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/06/2018
05:23 MYT
Projek Panel Solar: SPRM nafi tak ambil tindakan
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pihaknya mengambil tindakan proaktif dengan menjalankan siasatan awal terhadap isu tersebut pada awal April 2018 iaitu sebelum PRU14. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkis dakwaan media mengatakan agensi itu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 buah sekolah di Sarawak melibatkan kos sebanyak RM1.25 bilion.
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pihaknya mengambil tindakan proaktif dengan menjalankan siasatan awal terhadap isu tersebut pada awal April 2018 iaitu sebelum PRU14 setelah menerima maklumat daripada orang awam.
“Pada masa sama, SPRM juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan dari Kementerian Pendidikan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan mengikut Akta SPRM 2009.
“SPRM akan meneliti dokumen-dokumen yang telah diambil berkenaan sama ada ia berunsur rasuah atau sebaliknya dan orang ramai diminta agar bersabar sehingga pihaknya selesai menjalankan siasatan terhadap isu tersebut.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan mengumumkan keputusan yang telah diambil berhubung isu penyelewengan pemberian kontrak perbekalan tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawak, tengah hari ini.
Katanya, keputusan itu telah diambil kelmarin selepas menjalankan siasatan terperinci sejak minggu lepas.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Najib Razak
#panel solar
#penyelewengan
#Sarawak
#Sarawak Report
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#tenaga solar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan