awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan kelirukan rakyat, negara masih teguh hadapi cabaran krisis Asia Barat – Tengku Zafrul
PDRM tahan empat suspek curi kabel MRT Laluan Putrajaya
Instagram buang ciri penyulitan penuh untuk permesejan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek solar 15MW Tuaran sokong transformasi tenaga Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
12/03/2026
12:12 MYT
Projek solar 15MW Tuaran sokong transformasi tenaga Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, projek solar itu membuktikan sinergi kukuh antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), khususnya Sabah Energy Corporation (SEC). - Gambar fail
Sabah terus mengorak langkah memperkukuh keselamatan tenaga dan kelestarian alam sekitar menerusi pembangunan tenaga boleh baharu, khususnya menerusi projek solar skala besar 15 megawatt (MW) di Tuaran.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek solar itu membuktikan sinergi kukuh antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC), khususnya Sabah Energy Corporation (SEC) yang selari dengan visi dasar kerajaan negeri dalam mempercepat peralihan tenaga.
Beliau berkata, ia projek solar kedua SEC selepas projek 5MW di Labuan yang menunjukkan kredibiliti serta kemampuan teknikal dan komersial syarikat itu dalam menerajui sektor tenaga boleh baharu.
“Projek solar ini bukan sekadar menambah kapasiti 15MW kepada sistem tenaga negeri malah membawa signifikan lebih besar dalam usaha mentransformasikan struktur tenaga Sabah,” katanya.
Hajiji berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Solar Skala Besar 15MW Tuaran dan Iftar Ramadan anjuran SEC di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik, di sini, pada Khamis.
Hadir sama Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC), Datuk Annuar Ayub.
Hajiji berkata, sebanyak 150 tenaga kerja akan terlibat dalam projek itu termasuk rakyat tempatan sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada komuniti sekitar.
Beliau berkata, inisiatif itu bukan sahaja meningkatkan pendapatan isi rumah tetapi juga memperkukuh ekosistem tenaga hijau selari dengan Pelan Induk dan Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) yang menjadi kompas strategik dalam merancang masa depan tenaga negeri secara holistik.
“Melalui usaha perluasan penggunaan tenaga boleh baharu seperti solar dan hidro, kita bukan sahaja mengimbangi campuran tenaga negeri malah membina daya tahan yang lebih kukuh dalam menghadapi cabaran global serta krisis iklim,” katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, projek solar itu komitmen berterusan SEC dalam memperkukuh agenda tenaga boleh baharu di Sabah.
Beliau berkata, pencapaian itu bukan sahaja membuktikan keupayaan teknikal dan komersial SEC tetapi juga menjadi bukti kesungguhan agensi tersebut dalam menyokong peralihan tenaga yang lebih lestari dan berdaya tahan untuk masa depan Sabah.
Annuar berkata, projek solar juga menunjukkan kesediaan SEC untuk melangkah lebih jauh dalam mempelbagaikan sumber tenaga negeri sejajar dengan aspirasi pembangunan Sabah yang progresif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
“Kita percaya pelaburan dalam tenaga hijau bukan sekadar memenuhi keperluan semasa tetapi merupakan amanah untuk generasi akan datang,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#tenaga solar
#Sabah
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan