awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PROLINTAS tawar diskaun 20% bersempena Hari Raya Aidilfitri 2014

Agensi
Agensi
23/07/2014
12:37 MYT
PROLINTAS tawar diskaun 20% bersempena Hari Raya Aidilfitri 2014
Pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun ini dari pukul 6 pagi pada hari Isnin, 28 Julai 2014 hingga 6 pagi pada hari Selasa, 29 Julai 2014. File Pic
PROLINTAS akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20% kepada semua pengguna lebuh rayanya sempena Hari Raya Aidilfitri 2014.
Diskaun tersebut akan ditawarkan untuk semua kenderaan yang menggunakan lebuh raya kendalian PROLINTAS – Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).
Pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun ini dari pukul 6 pagi pada hari Isnin, 28 Julai 2014 hingga 6 pagi pada hari Selasa, 29 Julai 2014.
“PROLINTAS sekali lagi menawarkan diskaun tol kepada semua pengguna-pengguna lebuh raya kami seperti lazimnya pada setiap perayaan utama. Pemberian diskaun ini termasuk di dalam aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial PROLINTAS,” kata YBhg Datuk Ir. Zainudin A. Kadir, Ketua Eksekutif Kumpulan, PROLINTAS.
“Kami berharap pengguna-pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan mereka dan berhati-hati sempena musim perayaan ini.”
Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter - AKLEHtrafik, GCEtrafik dan LKSAtrafik atau layari laman web kami di www.prolintas.com.my untuk maklumat lanjut mengenai PROLINTAS.
PROLINTAS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014.
Topic Berkaitan
#AKLEH
#diskaun
#GCE
#lebuh raya
#LKSA
#PROLINTAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan