awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses pemulihan berjalan lancar, Sultan Brunei berangkat pulang

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/06/2025
15:45 MYT
Proses pemulihan berjalan lancar, Sultan Brunei berangkat pulang
Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau juga sempat menziarahi Baginda sebelum keberangkatan pulang. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan selepas selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Menurut Anwar, beliau juga sempat menziarahi Baginda sebelum keberangkatan dan memaklumkan Sultan Brunei berada dalam keadaan baik, manakala proses pemulihan berjalan lancar.
"Alhamdulillah, Baginda Tuanku berada dalam keadaan baik dan proses pemulihan berjalan lancar selepas keluar dari IJN tempoh hari," katanya di sini, pada Selasa.
Perdana Menteri turut mendoakan semoga Baginda dikurniakan keafiatan dan kekal qarar memerintah negara Brunei Darussalam.
Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Brunei memaklumkan Sultan Hassanal Bolkiah dibenarkan keluar dari IJN pada 31 Mei lalu, selepas menerima rawatan di pusat perubatan itu sejak minggu sebelumnya.
Dalam kenyataan itu, JPM turut memaklumkan bahawa Baginda dinasihatkan pakar perubatan untuk bersemayam sementara sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Sultan Hassanal Bolkiah, 78, tiba di Malaysia pada 25 Mei lalu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei.
Topic Berkaitan
#Sultan Hassanal Bolkiah
#Sultan Brunei
#IJN
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan