awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton Perdana 2.4L akan menjadi kenderaan rasmi Exco Kedah

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2014
23:55 MYT
Proton Perdana 2.4L akan menjadi kenderaan rasmi Exco Kedah
Datuk Seri Mukhriz Mahathir. -Gambar fail
Kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk menggantikan kenderaan rasmi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kepada Proton Perdana 2.4 liter bulan depan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kereta model Toyota Camry yang diguna dan dibeli sejak zaman kerajaan pimpinan terdahulu itu akan dijual kepada bekas-bekas Exco dan ia amalan biasa yang dipraktikan sejak sekian lama.
Setakat ini ia melibatkan sepuluh buah kereta dan harga jualan akan diputuskan selepas mendapat persetujuan bersama nanti.
Menurut Mukhriz, pemilihan Proton Perdana itu dibuat selepas pihaknya membuat penilaian yang teliti terhadap enam model kereta sebelum membuat keputusan tersebut.
Kereta Proton Perdana itu dijangka tiba pada bulan depan (Mac) namun tidak melibatkan kegunaan menteri besar.
Mukhriz bagaimanapun enggan menyatakan harga seunit kereta tersebut dan peruntukan yang dikeluarkan kerajaan negeri bagi menggantikan kereta rasmi yang baru.
"Setelah mengambil masa yang agak lama juga, kita telah membuat keputusan untuk membeli Proton Perdana 2.4 liter untuk kegunaan Exco ini selaras dengan keputusan yang dibuat kerajaan persekutuan. Harganya saya ingat saya tidak boleh nak umum tetapi yakinlah apabila saya katakan bahawa harganya yang termurah daripada enam jenama yang kita nilai," kata beliau.
Jelas beliau pembelian ini melibatkan satu perbincangan yang agak lama dan ia selaras dengan keputusan kerajaan persekutuan.
Topic Berkaitan
#ahli Exco
#Mukhriz Mahathir
#Proton Perdana
#Toyota Camry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan