awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
FBI sebar imej individu bertopeng dalam siasatan kehilangan ibu Savannah Guthrie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Belanjawan 2023 bukti kebajikan kaum India dijaga - PM

Bernama
Bernama
12/11/2022
22:30 MYT
PRU15: Belanjawan 2023 bukti kebajikan kaum India dijaga - PM
Perdana Menteri yang juga calon BN bagi Parlimen P.090 Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama masyarakat india ketika hadir pada program sembang santai sempena PRU15. - Foto BERNAMA
BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan di bawah pimpinannya sentiasa menjaga kebajikan, kepentingan dan keperluan semua ahli Keluarga Malaysia termasuk kaum India.
Beliau berkata ia dapat dilihat menerusi Bajet 2023 dengan pelbagai inisiatif khusus untuk masyarakat India dibentangkan seperti peruntukan RM100 juta bagi pembangunan usahawan kaum India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"Selain itu, sebanyak RM25 juta bagi program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi disediakan.
Malah Kabinet juga telah meluluskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi pembangunan kaum India," katanya semasa berucap pada program Sembang Santai Bersama Masyarakat India di Triang di sini malam tadi.
Menyentuh secara spesifik di Bera, Ismail Sabri berkata peruntukan juga diberikan kepada permohonan seperti baik pulih kuil dan bantuan lain khusus kepada kaum India di situ.
Beliau turut memberi jaminan usaha memperkasakan komuniti itu akan digiatkan lagi, jika beliau terus mendapat kepercayaan untuk menjadi Ahli Parlimen Bera selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 Nov ini sebagai hari pengundian manakala 15 Nov adalah hari pengundian awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
#Bajet 2023
#kaum india
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan