awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hormati tugas pengamal media - Annuar Musa

Bernama
Bernama
13/11/2022
13:41 MYT
PRU15: Hormati tugas pengamal media - Annuar Musa
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ulangtahun 10 Tahun The Red Warriors (TRW) Treble 2012 di Restoran Resepi Ikan Bakar hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa meminta semua pihak termasuk calon dan jentera parti menghormati tugas pengamal media membuat liputan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata ini kerana pengamal media turut mempunyai etika kewartawanan dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalankan tugas.
"Media mesti diberikan penghormatan kerana tugas menyampaikan maklumat dan berita itu adalah untuk semua rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun 10 tahun 'The Red Warriors (TRW) Treble 2012, di sini, hari ini.
Hadir sama Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Rosmadi Ismail, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kota Bharu.
Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian menimpa seorang wartawan dari Negeri Sembilan yang dipercayai diugut dan dikasari dua lelaki mabuk semasa membuat liputan kempen calon PRU15 dekat sebuah restoran, semalam.
Mengulas lanjut, Annuar berkata serangan terhadap pengamal media seharusnya tidak berlaku kerana masyarakat perlu faham tugas wartawan ketika berada di lapangan.
Dalam perkembangan lain, Annuar, yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), turut menyuarakan hasrat untuk kembali aktif dalam arena bola sepak di negeri itu.
"Saya perlu berbincang dulu dengan pemilik TRW dan Kelantan United kerana saya mahu hidupkan semula suasana bola sepak di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengamal media
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#PRU15
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan