awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas bimbang peratusan keluar mengundi rendah

Bernama
Bernama
17/11/2022
22:30 MYT
PRU15: Pas bimbang peratusan keluar mengundi rendah
TUAN IBRAHIM: Kita minta pengundi supaya keluar mengundi awal, jangan tunggu sampai petang kerana keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. - Gambar fail
MACHANG: PAS melahirkan rasa bimbang mengenai kemungkinan peratusan keluar mengundi rendah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya berlaku hujan awal pagi pada hari pengundian Sabtu ini, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Justeru beliau berharap semua pengundi dapat keluar mengundi lebih awal memandangkan beberapa negeri diramal mengalami ribut petir pada sebelah petang pada hari berkenaan.
"Kita minta pengundi supaya keluar mengundi awal, jangan tunggu sampai petang kerana keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
"Saya harap sasaran 70 peratus keluar mengundi seluruh negara dapat dicapai," katanya selepas menghadiri Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional di Dataran Kemahkotaan, di sini malam tadi.
Bernama semalam melaporkan beberapa negeri diramal hujan bermula awal pagi Sabtu, iaitu hari pengundian PRU15 dengan ribut petir dijangka berlaku di seluruh negara pada sebelah petang.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Lim Ze Hui berkata antara negeri yang akan mengalami hujan pada awal pagi termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ke barat Johor.
Sementara Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari berkenaan namun MetMalaysia tidak menjangkakan berlaku taburan hujan luar biasa bagi kedua-dua negeri berkenaan.
Bagi negeri-negeri di sebelah utara, cuaca dijangka baik di sebelah pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#peratusan keluar mengundi
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan