awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pengerusi SPR dilihat masuk Istana Negara

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
20/11/2022
05:33 MYT
PRU15: Pengerusi SPR dilihat masuk Istana Negara
Kenderaan yang membawa Abdul Ghani dilihat memasuki Istana Negara. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dilihat memasuki Istana Negara menerusi Pintu 2 sekitar jam 1.03 petang, hari ini.
Ia dipercayai bagi mempersembahkan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
PRU15 yang berlangsung semalam membawa ketidaktentuan kepada negara dengan Parlimen yang tergantung.
Ia terjadi apabila SPR mengisytiharkan keputusan pilihan raya yang menyaksikan tidak ada mana-mana parti yang mencapai majoriti mudah 112 untuk membentuk kerajaan.
Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi, Perikatan Nasional atau PN (73); Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (6); Warisan (3); Bebas (2) dan Parti Bangsa Malaysia serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing meraih satu kerusi.
Awal pagi ini, Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa gabungan itu mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.
Pada masa sama, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa gabungan politik itu berjaya membentuk kerajaan.
Ditanya bila dokumen pembentukan kerajaan PH akan dihantar ke Istana Negara, Anwar berkata perkara itu akan dibuat sebaik sahaja ia dilengkapkan.
Sementara itu, Muhyiddin turut memaklumkan, telah menerima surat daripada Yang di-Pertuan Agong dan akan memuktamadkan perkara-perkara yang dititahkan sebelum petang ini.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#PRU15
#Istana Negara
#Abdul Ghani Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan