awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Satu pusat mengundi di Parlimen Sepang ditukar akibat banjir

Bernama
Bernama
18/11/2022
06:56 MYT
PRU15: Satu pusat mengundi di Parlimen Sepang ditukar akibat banjir
Satu pusat mengundi di Parlimen Sepang ditukarkan ke lokasi baharu setelah terjejas akibat banjir. - Fail
SHAH ALAM: Satu pusat mengundi di Parlimen Sepang iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil ditukarkan ke lokasi baharu di Sekolah Rendah Agama Dengkil, setelah bangunan berkenaan terjejas akibat banjir.
Berdasarkan salinan surat daripada Pegawai Pengurus Pusat Mengundi Parlimen Sepang Datuk Abd Hamid Hussain kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor, ia menyatakan pusat mengundi tersebut mengalami banjir dan tenggelam sepenuhnya, semalam.
Susulan itu, Abd Hamid menerusi suratnya bertarikh 17 Nov telah memohon pihak Pilihan Raya Negeri Selangor menukar pusat mengundi tersebut ke Sekolah Rendah Agama Dengkil.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Cuaca baik diramal sebelah pagi di beberapa negeri esok
Pengarah Pilihan Raya Negeri Shafie Taib pula hari ini telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara tersebut untuk tujuan perwartaan semula pusat mengundi berkenaan.
SEMAK SEMUA CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Parlimen Sepang menyaksikan pertembungan lapan penjuru membabitkan calon Barisan Nasional Anuar Basiran, Perikatan Nasional diwakili Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datin Che Asmah Ibrahim (Pejuang), Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu (Pakatan Harapan), Mohd Daud Leong Abdullah mewakili Parti Utama Rakyat (PUR), R. Nageswaran (Parti Rakyat Malaysia), Mohd Syahrul Amri Mat Sari (Bebas) dan M. Muneswaran (Bebas).
Banjir | Ban kerap kali pecah, penduduk mahu pihak berwajib cari solusi terbaik
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#pusat mengundi ditukar
#parlimen Sepang
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan