awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: SPR punyai kuasa untuk ubah dan tangguh tarikh pengundian sekiranya banjir

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
20/10/2022
03:30 MYT
PRU15: SPR punyai kuasa untuk ubah dan tangguh tarikh pengundian sekiranya banjir
Menurut Datuk Wan Ahmad Wan Omar, di bawah Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, ia beri kuasa kepada SPR untuk mengubah tarikh pengundian dan menangguh proses pengundian - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menangguhkan proses pengundian dan mengubah ke tarikh baharu untuk pengundian di sesuatu lokaliti sekiranya berlaku insiden atau bencana tidak diingini.
Jelas Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, mengambil contoh sekiranya sesuatu Pusat Mengundi itu dinaiki air banjir yang menyulitkan proses pengundian, maka ia boleh ditangguhkan ke suatu tarikh baharu.
"Di bawah Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, ia beri kuasa kepada SPR untuk mengubah tarikh pengundian dan menangguh proses pengundian.
"Kalau ditakdirkan malam sebelum hari mengundi, Pusat Mengundi itu dinaiki air, jadi ia mustahil untuk pengundi keluar dan jejaskan prosesnya. Maka SPR ada kuasa untuk tetapkan tarikh lain bagi Pusat Mengundi itu sahaja," katanya dalam program Menjelang Malaysia Memilih pada Khamis.
Jelas beliau, penangguhan juga dibolehkan sekiranya sesebuah Pusat Mengundi itu dinaiki air pada hari pengundian, maka SPR mempunyai kuasa untuk menangguhkannya.
Penangguhan pengundian pula hanya dilakukan di satu-satu lokaliti yang terkesan sahaja dan tidak menjejaskan seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
Semestinya ia juga melibatkan tatacara yang perlu diikuti bagi memastikan proses penangguhan berjalan lancar.
"Bila penangguhan dibuat ada tatacara rapi yg perlu dibuat di hadapan wakil calon seperti cara menutup peti undi, disaksikan oleh wakil setiap calon, dan ditempatkan di tempat yang selamat.
"Apabila tiba hari pengundian semula, maka proses sama akan dilakukan di hadapan wakil-wakil calon, ia bagi memastikan proses berjalan lancar dan dakwaan penipuan dan sebagainya," jelasnya.
Tambah Wan Ahmad, kuasa untuk menentukan penangguhan itu diberikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di setiap Parlimen.
Memahami proses pilihan raya Malaysia | #MalaysiaMemilih
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#pilihan raya
#tangguh
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan