awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pukul penunggang basikal: Polis panggil pemandu Wira biru

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/03/2022
22:15 MYT
Pukul penunggang basikal: Polis panggil pemandu Wira biru
Video berdurasi 52 saat dimuat naik pemilik Facebook Sukan Star TV memaparkan seorang lelaki menaiki Proton Wira berwarna biru memukul seorang lelaki yang sedang menunggang basikal. - Video tular
MANJUNG: Polis telah mengenal pasti pemandu sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna biru yang memukul seorang penunggang basikal di lampu isyarat berhampiran pasar raya AEON Seri Manjung, seperti video tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki tempatan berusia 30-an yang beralamat di Batu Gajah itu telah dipanggil untuk memberi keterangan pada Selasa.
Menurutnya, berdasarkan rakaman video tular itu, polis telah mengenal pasti pemilik kereta berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, pemilik memaklumkan bahawa kenderaan itu telah dipinjam oleh lelaki terbabit yang juga merupakan rakannya, pada hari kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian itu berlaku pada 13 Mac lalu.
"Penunggang basikal dipercayai warga asing masih belum dikenal pasti dan sehingga kini, mangsa belum tampil membuat laporan berhubung kes itu," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Terdahulu, polis mengesan penularan satu video berdurasi 52 saat dimuat naik oleh pemilik Facebook Sukan Star TV, memaparkan seorang lelaki yang menaiki Proton Wira berwarna biru memukul seorang lelaki yang sedang menunggang basikal.
Nor Omar berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#pukul penunggang basikal
#pemandu Wira
#manjung
#Facebook Sukan Star TV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan