awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Tioman masih selamat dikunjungi

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2022
01:00 MYT
Pulau Tioman masih selamat dikunjungi
(Gambar kiri: Jimmy Ismail) Tangkap layar sebuah akaun Instagram milik portal berita hiburan tempatan memuat naik video berdurasi 13 saat di Instagram yang memamparkan kejadian ribut Noru yang berlaku di Pulau Tioman. - Foto Sinar Harian
TIOMAN: Kejadian jeti runtuh di Pulau Tioman didakwa akibat taufan Noru yang tular di media sosial baru- baru ini adalah jeti persendirian milik sebuah resort percutian.
Seorang juruselam, Jimmy Ismail, 52, berkata, kerosakan itu melibatkan jeti kayu persendirian milik sebuah resort percutian dan bukannya jeti utama di pulau peranginan tersebut.
"Sebenarnya kejadian pada Ahad itu merupakan kejadian ribut barat. Ribut barat ini memang ada selain ia tidak menentu.
"Ia berlaku sebulan sekali sama ada kuat atau tidak kuat sahaja. Biasalah...disebabkan perubahan cuaca memang ada berlakunya kejadian ribut.
"Orang ramai tidak perlu risau kerana cuaca kini berada dalam keadaan baik dan selamat untuk dikunjungi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Jelasnya lagi, kejadian ribut yang berlaku pada waktu pagi itu berlaku selama satu hingga dua jam.
"Ribut hanya berlaku satu hingga dua jam dan selepas itu hanya tinggal angin dan ombak yang tidak berbahaya sehingga tengah hari.
"Selepas kejadian tersebut, aktiviti berjalan seperti biasa termasuk operasi bot, feri selain pelancong boleh meneruskan aktiviti di laut seperti biasa iaitu menyelam dan 'snorkelling'," ujarnya.
Sementara itu, menurut seorang pekerja di salah sebuah resort di Pulau Tioman yang hanya ingin dikenali sebagai Siti, berusia 20-an berkata, kejadian ribut itu berlaku pada jam 7 pagi dan hanya melibatkan kerosakan jeti kayu milik sebuah resort persendirian.
"Tiada kerosakan jeti utama dan ribut itu hanya sekejap sahaja. Sekarang keadaan selamat dan tiada berlaku kejadian tidak diingini.
"Bot terbalik itu biasa, mungkin bot tersebut sudah bocor malah keadaan kembali reda dan normal pada belah petang," tambahnya.
Sebelum itu sebuah akaun Instagram milik portal berita hiburan tempatan memuat naik video berdurasi 13 saat di Instagram yang memaparkan kejadian ribut Noru yang berlaku di Pulau Tioman. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pulau Tioman
#Taufan Noru
#jeti runtuh
#pulau peranginan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan