awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat kecemerlangan IPR-INTAN jadi serampang dua mata

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/07/2023
14:09 MYT
Pusat kecemerlangan IPR-INTAN jadi serampang dua mata
Jelas Rafizi, pusat berkenaan akan melatih profesional dalam kalangan belia untuk ditempatkan di infrastruktur pertanian di seluruh negara. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
SERDANG: Kementerian Ekonomi telah bekerjasama dengan Universiti Putra Malaysia untuk membangunkan pusat latihan kemahiran pertanian moden menerusi Program Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, selain membantu membasmi kemiskinan, kewujudan pusat latihan itu juga mampu memainkan peranan dalam menangani isu keselamatan dan keterjaminan makanan, menggunakan kaedah pertanian moden.
Jelas Rafizi, pusat berkenaan akan melatih profesional dalam kalangan belia untuk ditempatkan di infrastruktur pertanian di seluruh negara.
"Kohort pertama - profesional pertanian moden, dan tugas berat itu telah diberikan kepada UPM, kerana kami faham bahawa kami perlu melatih profesional dalam pertanian kerana ia rumit, ia memerlukan banyak pengetahuan teknikal.
"Ia memerlukan kemahiran perniagaan dan yang paling penting, ia juga memerlukan ketangkasan minda kerana tidak seperti proses pembuatan di mana segala-galanya ditetapkan dan berfungsi tepat seperti yang direka, pertanian tidak seperti itu. Ada fasa pembelajaran yang perlu dilalui selepas tuaian pertama atau kedua, barulah anda boleh mencari rentak.
"Ia adalah satu seni. Ia memerlukan pengurus ladang yang mampu bertahan melebihi dua atau tiga tuaian pertama, yang paling mencabar," kata Rafizi selepas majlis pelancaran Pusat Kecemerlangan Industri Pertanian IPR-INTAN di UPM, pada Isnin.
Untuk tujuan itu, Kementerian telah mengenal pasti tapak yang dipadankan dengan peserta daripada golongan miskin di lapan buah negeri iaitu Selangor, Putrajaya, Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sabah.
Seramai 65 peserta pertama akan mengikuti latihan pada tahun 2024 dan 65 peserta tambahan bakal menyusul pada tahun 2025. Tempoh latihan bagi peserta adalah satu tahun bagi sektor agropreneur dan satu tahun setengah bagi sektor akuakultur.
Kementerian kini membuka ruang kerjasama strategik kepada syarikat-syarikat swasta dan individu persendirian yang berminat mengusahakan infrastruktur pertanian moden.
Model perniagaan perkongsian keuntungan akan disediakan kementerian kepada peserta dalam kalangan B40 dan miskin tegar serta syarikat pertanian moden yang menjadi operator dan pengurus.
Bagi projek di atas tanah persendirian dan syarikat swasta, Kementerian akan menyediakan geran pembinaan infrastruktur pertanian, tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan kelak.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#pertanian
#Inisiatif Pendapatan Rakyat
#keterjaminan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan