awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Nazrin rasmi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang dinaiktaraf

Bernama
Bernama
21/05/2013
07:53 MYT
Raja Nazrin rasmi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang dinaiktaraf
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini yang dinaiktaraf bagi memenuhi keperluan keselamatan operasi pesawat dan keselesaan pengguna.
Majlis perasmian itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ke-85.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, Raja Di Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.
Projek menaiktaraf lapangan terbang dengan kos RM42 juta yang bermula 13 April 2011 telah siap dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Nov tahun lepas.
Kerja menaiktaraf lapangan terbang itu melibatkan pelebaran ruang Balai Pelepasan dan Balai Ketibaan, penyediaan tempat duduk baharu di Balai Pelepasan, Balai Ketibaan dan ruang daftar masuk serta pemasangan sistem pendingin hawa di Balai Pelepasan, Balai Ketibaan dan balai perhimpunan awam.
Ia juga meliputi pemanjangan landasan dari 1,798 meter kepada 2,000 meter dan pelebaran kawasan meletak kenderaan komersil.
Zambry dalam ucapannya berkata memandangkan lapangan terbang itu telah dinaiktaraf, kerajaan negeri memohon Kementerian Pengangkutan untuk menambah penerbangan di lapangan terbang itu. Katanya kerajaan negeri juga merancang untuk menjadikan lapangan terbang itu sebagai pusat perkhidmatan kejuruteraan, penyelenggaraan dan baik pulih (MRO).
"Kita mahu menjadikan lapangan terbang ini benar-benar bermanfaat," katanya.
Topic Berkaitan
#lapangan terbang
#raja nazrin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan