awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tehran tegaskan Selat Hormuz bukan laluan serangan terhadap Iran
Saman fitnah: Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap pengguna media sosial
Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan sempena Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Perdana, iftar Istana Negara

Bernama
Bernama
13/03/2026
15:39 MYT
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Perdana, iftar Istana Negara
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Berbuka Puasa di Istana Negara, pada Jumaat. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Berbuka Puasa di Istana Negara, pada Jumaat.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan Raja Zarith Sofiah diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Azmi Rohani dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.
Pada majlis yang berlangsung di Surau Utama Istana Negara itu, Seri Paduka Baginda berkenan menyertai majlis khatam al-Quran bersama tetamu jemputan yang hadir.
Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 182 peserta khatam dan tadarus al-Quran antaranya dari Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Sekolah Menengah Agama Putrajaya, Pondok Moden Al-Abaqirah dan Maahad Tahfiz Darul Furqan.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Sirajuddin Suhaimee; Pengerusi MAIWP, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer serta Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hanifuddin Roslan.
Terdahulu, Raja Zarith Sofiah berkenan menunaikan solat maghrib berjemaah yang diimamkan Pegawai Agama, Datuk Munir Md Salleh di Surau Utama Istana Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Negara
# Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#khatam
#iftar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan