awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat dinasihat jangan terpedaya taktik scammer menjelang pengeluaran khas KWSP - Timbalan KPN

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2022
09:52 MYT
Rakyat dinasihat jangan terpedaya taktik scammer menjelang pengeluaran khas KWSP - Timbalan KPN
Datuk Razarudin Hussain berkata, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial akan memastikan semua laporan yang diterima disiasat dengan sebaiknya bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan memberi peringatan kepada orang ramai mengenai pelbagai taktik digunakan ‘scammer’ bagi memperdaya mangsa.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Hussain berkata, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial akan memastikan semua laporan yang diterima disiasat dengan sebaiknya bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa.
Bagaimanapun, beliau mengakui walaupun pelbagai kempen dan usaha membanteras kegiatan penipuan itu dilakukan pelbagai pihak, namun, masih ada yang terpedaya dengan pelbagai janji diberikan sindiket hingga menyebabkan kerugian wang yang besar.
“Kita (PDRM) mengingatkan rakyat Malaysia tentang penipuan melaui scammer ini tetapi masih ada juga yang percaya… kita pun tak faham macam mana perkara ini boleh berlaku sedangkan ingatan ini kita buka sahaja Facebook sudah bagi, sudah (diberi) nombor-nombor untuk mengetahui sekiranya akaun (bank) itu palsu atau betul.
“(Walaupun) kita dah bagi tapi masih lagi dalam satu, dua atau tiga orang masih kena tipu juga. Jadi, sekiranya masih berlaku, kita memang memantau dan siasatan memang diteruskan,” kata beliau.
Razarudin berkata demikan ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara KOP Mantap Berhad bersama rakan strategik di Maktab PDRM di sini, pada Khamis.
Beliau mengulas kebimbangan orang ramai mengenai taktik-taktik baharu yang akan digunakan scammmer sebaik kerajaan mengumumkan kebenaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Bahkan, di laman-laman media sosial sudah mula tular pelbagawai tawaran kepada mereka yang akan memohon pengeluaran itu bermula 1 April ini.
Dalam perkembangan berasingan, KOP Mantap Berhad anak syarikat milik Koperasi PDRM Berhad menjalin kerjasama strategik bersama empat buah syarikat mega.
Antara rakan strategik empat penjuru ini ialah Heitech Padu Berhad, Simba Electric Group Sdn Bhd, Percetakan Surya Sdn Bhd dan Nasdeem Venture Sdn Bhd.
Jalinan kerjasama ini diyakini memberi peluang kepada KMB dalam sektor teknologi ICT, percetakan, barangan elektronik dan penggunaan sisa berjadual dan dijangka memanfaatkan dan memberi pulangan lumayan kepada kira kira 114 020 anggota Koperasi PDRM Berhad.
Untuk rekod, Koperasi PDRM Berhad berada di tangga keempat dalam 100 profil koperasi terbaik seluruh negara pada tahun 2021.
Topic Berkaitan
#scammer
#pengeluaran khas KWSP
#PDRM
#Razarudin Hussain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan