awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat dinasihat waspada cuaca panas, kering sepanjang Aidilfitri

Bernama
Bernama
18/03/2026
10:26 MYT
Rakyat dinasihat waspada cuaca panas, kering sepanjang Aidilfitri
Berdasarkan ramalan khas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan itu berlaku berikutan kehadiran udara kering melanda rantau negara dalam tempoh berkenaan. - Gambar fail
Rakyat Malaysia yang bakal meraikan Aidilfitri dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada berikutan keadaan cuaca dijangka kering dan panas di kebanyakan kawasan di seluruh negara dari 20 hingga 23 Mac ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata berdasarkan ramalan khas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan itu berlaku berikutan kehadiran udara kering melanda rantau negara dalam tempoh berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata potensi hujan dan ribut petir dalam tempoh singkat masih ada, terutama pada waktu petang atau awal malam di beberapa lokasi.
"Pada Jumaat (20 Mac), hujan dijangka berlaku di Perak dan Bahagian Tawau, Sabah pada waktu pagi, manakala ribut petir diramal melanda Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Johor pada sebelah petang.
"Bagi Sabtu (21 Mac), hujan dijangka berlaku di Perak pada waktu pagi dan beralih ke Lembah Klang serta beberapa bahagian di Sarawak menjelang petang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Arthur, pada Ahad (22 Mac), cuaca dijangka baik di seluruh negara pada waktu pagi dan malam, kecuali sedikit hujan di beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak pada sebelah petang.
Sehubungan itu, beliau menyarankan orang ramai yang merancang aktiviti ziarah atau rumah terbuka supaya memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan.
"Memandangkan cuaca dijangka panas di kebanyakan tempat, rakyat dinasihatkan agar sentiasa kekal hidrasi, memakai pakaian yang selesa serta menyerap peluh bagi mengelakkan risiko strok haba," katanya.
Bagi mereka yang merancang perjalanan pulang ke kampung, beliau mengingatkan supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik selain peka terhadap amaran ribut petir pada sebelah petang bagi mengelakkan risiko banjir kilat atau jalan licin.
Ibu bapa juga disaran memantau aktiviti anak-anak di luar rumah, terutamanya jika berlaku perubahan cuaca secara mendadak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia di www.met.gov.my atau menggunakan aplikasi myCuaca untuk kemas kini dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ramalan cuaca
#Aidilfitri
#cuaca
#Raya
#waspada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan