awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan luar biasa di Lembah Klang menjelang Tahun Baharu Cina
MyGov tambah 30 perkhidmatan baharu tahun ini
[TERKINI] Selangor henti beri lesen ternak babi, ladang sedia ada ditutup berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Kedah berhimpun beri sokongan kepada Palestin

Bernama
Bernama
08/08/2014
23:00 MYT
Rakyat Kedah berhimpun beri sokongan kepada Palestin
Perhimpunan diadakan bagi menyokong serta membela nasib rakyat Palestin.
Lebih 100 orang yang terdiri daripada anggota Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah, Pekida Daerah Kota Setar serta orang awam pada Jumaat mengadakan perhimpunan aman di depan premis McDonald di City Plaza sebagai memprotes kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Pengerusi GPMS Kedah Shamsul Bahar Abd Rani berkata perhimpunan itu diadakan bagi menyokong serta membela nasib rakyat Palestin selain mengutuk tindakan Israel menceroboh dan membunuh penduduk Gaza yang tidak berdosa.
"Generasi muda perlu sedar bahawa Israel tidak lagi menghormati keamanan sejagat kerana kita boleh lihat di laman sosial bagaimana tindakan mereka membunuh kanak-kanak, wanita dan warga tua yang tidak berdosa. "Kita memberi amaran kepada rejim Zionis supaya menghentikan tindakan keterlaluan mereka kerana ini merupakan jenayah antarabangsa. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama perlu tegas dalam isu keamanan sejagat ini dan rejim Zionis perlu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa," katanya kepada pemberita. Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pekida Daerah Kota Setar Baharudin Mohd Ali berkata pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dengan menyenaraikan nama produk atau perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel. "Masih ramai rakyat Malaysia tidak tahu mengenai produk Israel yang ada di pasaran, dengan menyenaraikan produk ini, ia dapat membantu mengelakkan kita daripada membeli produk Israel. "Dengan memboikot produk atau perkhidmatan yang ada kaitan dengan Israel, kita dapat membantu Palestin secara tidak langsung," katanya. Dalam perkembangan lain, GPMS Kedah turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar bagi membantah tindakan pemilik akaun Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. "Institusi diraja adalah payung kepada rakyat negara ini, tidak kira kaum dan agama, dan tidak sepatutnya ada pihak yang sengaja menghina Seri Paduka Baginda selaku ketua negara ini," katanya. Sementara itu, di KULIM, hampir 200 penduduk dan anggota badan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Jamiul Makmur ke Ibu Pejabat Polis Daerah kerana membantah kumpulan yang menghina Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan itu, yang diketuai Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah Khairul Anuar Ramli, berkata tindakan sedemikian penting kerana rakyat khususnya di Kedah mencintai Seri Paduka Baginda yang menjadi tonggak agama Islam dan negara. -- Bernama
Topic Berkaitan
#GPMS
#Kedah
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan