awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia bermastautin di Thailand disaran daftar dengan kedutaan

Bernama
Bernama
03/04/2021
03:09 MYT
Rakyat Malaysia bermastautin di Thailand disaran daftar dengan kedutaan
Sehingga kini, Jojie berkata, terdapat kira-kira 1,200 rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand mendaftar dengan kedutaan. - Gambar fail
BANGKOK: Rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand disarankan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Duta Besar Malaysia di Thailand Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan itu sedang mengumpul data mengenai rakyat Malaysia yang tinggal di negara Gajah Putih itu.
Menurut beliau usaha tersebut bertujuan membantu pihak berkuasa Thailand yang sedang menjalankan tinjauan dan mengumpul data mengenai warga asing yang memerlukan vaksin COVID-19 di negara berkenaan.
Katanya, Thailand merancang untuk memperluas program vaksinasi COVID-19 secara percuma kepada warga asing yang tinggal di negara berkenaan yang meliputi golongan ekspatriat, pekerja migran dan pelajar.
"Sekiranya, kerajaan Thailand memperluas program vaksinasi kepada warga asing, maka kami dapat memberikan data tersebut kepada pihak berwajib," katanya kepada Bernama.
Menurut beliau, rakyat Malaysia boleh membuat pendaftaran dengan menghantar maklumat butiran diri (nama, jantina, nombor kad pengenalan dan pasport, lokasi dan nombor telefon) ke e-mel [email protected] atau melayari laman Facebook Kedutaan Malaysia di Bangkok.
Sehingga kini, Jojie berkata terdapat kira-kira 1,200 rakyat Malaysia yang bermastautin di Thailand mendaftar dengan kedutaan.
Terdapat kira-kira 8,000 hingga 10,000 rakyat Malaysia yang menetap di sini, katanya.
Dalam perkembangan berlainan, Jojie berkata, pertandingan video "Thai Tiew Malaysia" anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, adalah inisiatif untuk mempromosi dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama ketika waktu mencabar kini.
Katanya, pertandingan ini merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan mempergiatkan kempen Malaysia Truly Asia terutamanya ketika sekatan perjalanan akiba penularan pandemik COVID-19.
"Saya berharap bahawa inisiatif ini akan mencetuskan minat dalam kalangan pelancong dan menarik minat mereka untuk melawat ke Malaysia setelah pintu sempadan dibuka semula," katanya.
Jojie berkata, Malaysia menguatkuasakan sekatan perjalanan yang lebih ketat termasuk menyekat kemasukan pelancong antarabangsa, mewajibkan ujian saringan COVID-19 dan kuarantin semasa ketibaan pelawat sebagai usaha mengekang penularan COVID-19.
"Anjakan aliran dalam kecenderungan lawatan pelancong setelah berlaku pandemik telah memaksa industri pelancongan untuk membuat perubahan drastik dan menyesuaikan industri dengan norma baharu.
"Industri pelancongan ini tidak mempunyai pilihan untuk berkembang selain bergerak seiring dengan penularan wabak dan mencari jalan untuk memastikan pelancongan yang selamat untuk semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daftar
#rakyat Malaysia
#Thailand
#Kedutaan Besar Malaysia
#Konsulat Jeneral Malaysia
#Bangkok
#Songkhla
#jojie samuel
#data
#warga asing
#pelancongan
#program vaksinasi
#ujian saringan
#pandemik
#COVID-19
#pelajar
#kerajaan
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan