awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia di Yaman dilaporkan selamat - Wisma Putra

Bernama
Bernama
30/01/2024
10:34 MYT
Rakyat Malaysia di Yaman dilaporkan selamat - Wisma Putra
Wisma Putra berkata terdapat 376 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat Oman. -Gambar fail/Wikipedia
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia di Yaman dilaporkan selamat, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Mereka bagaimanapun diinasihatkan berpindah ke tempat yang lebih selamat atau pulang ke Malaysia secara sukarela jika merasakan keselamatan terancam berikutan tindakan ketenteraan diketuai Amerika Syarikat baru-baru ini menyasarkan kawasan yang dikawal Houthi.
Wisma Putra berkata terdapat 376 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat Oman.
Kedutaan telah berhubung dengan rakyat Malaysia di Yaman dan melaporkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat, menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa.
Rakyat Malaysia di negara itu dinasihatkan supaya berwaspada dan peka terhadap keselamatan diri dan menambah Wisma Putra kini memantau rapat perkembangan di sana.
"Mereka juga boleh menimbang untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat atau pulang ke Malaysia secara sukarela jika merasakan keselamatan mereka terancam," menurut kenyataan itu.
Wisma Putra juga menyarankan rakyat Malaysia di Yaman segera mendaftar di kedutaan jika masih belum berbuat demikian.
Kedutaan Malaysia di Muscat Oman boleh dihubungi di Villa No. 2443, Way 3030 Shatti Al Qurum P.O. Box 51, Bareeq Alshati Muscat atau Nombor Telefon: + (968) 2469 8329 + (968) 7159 2388 atau E-mel: [email protected]
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Yaman
#tindakan ketenteraan
#Houthi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan