awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembelajaran sepanjang hayat tonggak masyarakat bermentaliti kelas pertama – Halimah Yacob
16 cedera tembakan di sekolah di Turkiye
Menteri kabinet zahir ucapan Hari Vishu, seru hidupkan semangat kejiranan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia rindu pulang ke tanah air selepas sembilan bulan terkandas di Thailand

Bernama
Bernama
21/12/2020
20:37 MYT
Rakyat Malaysia rindu pulang ke tanah air selepas sembilan bulan terkandas di Thailand
Empat beranak itu terkandas di Thailand apabila kerajaan Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menutup pintu sempadan mulai 18 Mac. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU:"Saya sangat rindu Malaysia," kata Muhammad Adam Danel Mohd Rozi, 11, seorang daripada tiga beradik warga Malaysia yang terkandas di Thailand selama sembilan bulan.
Muhammad Adam Danel Mohd Rozi, 11 tahun meluahkan rasa rindu untuk pulang ke tanah air selepas sembilan bulan terkandas di Thailand susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Muhammad Adam Danel bersama dua adiknya - Muhammad Arash Raihan, 7, dan Muhammad Muhaimin Putra, 3, dan ibu mereka Sakina Museh, 38, yang merupakan warga Thailand dibawa pulang ke Malaysia melalui pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sg Kolok semalam.
"Saya tidak sabar mahu sambung belajar. Saya rindu cikgu dan kawan-kawan di sekolah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di ICQS semalam.
Sakina membawa ketiga-tiga anaknya pulang ke Thailand untuk memperbaharui visa pada 16 Mac lalu apabila tiada orang menjaga mereka di Malaysia selepas suaminya, warga Malaysia, Mohd Roi Ab Rahman yang berasal dari Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas meninggal dunia pada September tahun lalu akibat kanser.
Empat beranak itu terkandas di Thailand apabila kerajaan Malaysia mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menutup pintu sempadan mulai 18 Mac.
Mereka yang tiba di Stesen Kuarantin Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri, di Kota Bharu pada 2 petang (waktu Malaysia) akan menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum pulang ke rumah sewa mereka.
Sakina memberitahu bahawa beliau merancang untuk menjual nasi lemak untuk menyara kehidupan mereka empat beranak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#rakyat Malaysia
#terkandas
#PKPB
#PKP
#sembilan bulan terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan