awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu mabuk: Operasi dilipat ganda di seluruh negara - Pengarah JSPT
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia sertai himpunan Ijtima Dunia 2020 akan dikuarantin secara mandatori

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
19/03/2020
09:50 MYT
Rakyat Malaysia sertai himpunan Ijtima Dunia 2020 akan dikuarantin secara mandatori
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada sesi sidang media mengenai situasi semasa kes jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. - BERNAMA
Kementerian Kesihatan menegaskan semua rakyat Malaysia yang menyertai himpunan Ijtima Dunia 2020 Zon Asia di Sulawesi, Indonesia akan dikuarantin secara mandatori jika mereka pulang ke negera ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, langkah itu bagi memastikan penularan wabak karonavirus (COVID-19) dapat dibendung daripada terus merebak.
Tegas beliau, kesemua mereka akan ditempatkan di pintu masuk negara untuk disaring sebelum dikuarantin di satu lokasi yang telah ditetapkan.
“Kita ada maklum hampir 83 rakyat Malaysia menghadiri perhimpunan itu dan kita telah mengambil keputusan kalau mereka balik ke negara ini, kita akan diletak mereka dipintu masuk untuk disaring dan seterusnya mereka akan dikuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan.
BACA: COVID-19: 110 kes baharu dicatat, jumlah terkini 900
“Ini adalah mandatori kerana mereka dari luar negara dan negara yang dikatanya mempunyai insiden COVID-19,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Sebelum ini, media melaporkan, acara himpunan, Ijtima Dunia 2020 Zon Asia membabitkan ribuan masyarakat Islam di wilayah Sulawesi Selatan dibatalkan berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Adham Baba
#COVID-19
#Ijtima Dunia 2020
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#kuarantin
#kuarantin secara mandatori
#Menteri Kesihatan
#Sulawesi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan