awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ari Lesmana pertaruh konsert Solo 'MANGU' di Zepp KL Ogos Ini
Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu bersedia hidup sederhana hadapi ketidaktentuan global - J-KOM

Bernama
Bernama
17/03/2026
14:58 MYT
Rakyat perlu bersedia hidup sederhana hadapi ketidaktentuan global - J-KOM
Budiman berkata dalam berdepan dengan situasi tidak menentu, rakyat perlu mengubah cara berfikir dengan mengurus kewangan seperti mengurus sebuah “kerajaan kecil”. - Foto BERNAMA
Rakyat perlu bersedia untuk hidup secara sederhana dalam menghadapi ketidaktentuan global susulan konflik antarabangsa yang mula memberikan tekanan kepada ekonomi domestik.
Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Budiman Mohd Zohdi berkata situasi semasa menuntut kesiapsiagaan rakyat, meskipun konflik berkenaan bukan berpunca dari negara ini.
Beliau berkata keadaan itu sering dirujuk melalui konsep “VUCA”, iaitu volatility, uncertainty, complexity dan ambiguity yang menggambarkan perubahan pantas, ketidaktentuan serta kerumitan situasi global.
“Keempat-empat ini harus menjadi persediaan kepada rakyat … berhadapan dengan perang yang bukan disebabkan oleh kita, tetapi kesannya kita cukup terasa,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV, malam tadi.
Budiman berkata dalam berdepan dengan situasi tidak menentu, rakyat perlu mengubah cara berfikir dengan mengurus kewangan seperti mengurus sebuah “kerajaan kecil”.
Beliau berkata setiap isi rumah mempunyai pendapatan, perbelanjaan serta simpanan kecemasan, namun persoalannya ialah sejauh mana ketahanan sekiranya berdepan dengan situasi luar jangka.
“Apabila berlaku perkara di luar jangka seperti kemalangan, ketika itu kita bergantung pada simpanan. Sama juga dalam negara, ada kewangan, ada subsidi … tetapi, berapa lama ia boleh bertahan,” katanya.
Mengulas langkah kerajaan, Budiman berkata pelbagai inisiatif antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah dilaksanakan bagi mengurangkan beban rakyat serta meminimumkan tekanan kos sara hidup.
Meskipun asas ekonomi negara kekal kukuh dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, kadar pengangguran rendah dan kemiskinan menurun, kesiapsiagaan tetap diperlukan, katanya.
“Kerajaan mendengar maklum balas dan itu penting dalam memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan. Rakyat boleh bertenang … tetapi, pada masa sama perlu bersedia kerana ada perkara di luar kawalan kerajaan,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#hidup sederhana
#J-KOM
#penjimatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan