awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai pengguna internet tidak peduli kepentingan keselamatan siber - Cybersecurity Malaysia

Bernama
Bernama
30/04/2021
20:19 MYT
Ramai pengguna internet tidak peduli kepentingan keselamatan siber - Cybersecurity Malaysia
Masih ramai pengguna Internet di Malaysia tidak cakna, naif dan bersikap tidak peduli mengenai kepentingan keselamatan siber. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Masih ramai pengguna internet di Malaysia tidak cakna, naif dan bersikap tidak peduli mengenai kepentingan keselamatan siber sehingga terpedaya dan seterusnya menjadi mangsa jenayah siber.
Berkongsi maklumat itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia (CSM) Jen (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata perkara tersebut masih berlaku sekalipun banyak usaha dilakukan kerajaan baik dalam bentuk peringatan mahupun kesedaran untuk mereka.
Justeru, beliau berkata kerjasama secara bersepadu dan sokongan semua pihak amat diperlukan untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kepentingan keselamatan siber.
"Dalam konteks ini, media merupakan antara ejen kolaborator yang sangat penting bagi penyebaran maklumat mengenai pelbagai tindakan, inisiatif dan usaha kerajaan memperkukuh bidang keselamatan siber negara," katanya ketika berucap bersempena Program CyberSafe Bersama Media, di sini pada Jumaat.
CSM adalah pusat pakar teknikal keselamatan siber di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Program pada Jumaat bertujuan berkongsi maklumat mengenai bidang keselamatan siber serta program terkini yang dilaksanakan oleh CSM supaya pihak media dapat menghasilkan penulisan serta pelaporan yang tepat serta terangkum.
Menurut Mohd Azumi, media amat penting untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai peristiwa serta isu yang memberi kesan kepada masyarakat dan negara.
Beliau berkata peranan media bukan sahaja sebagai perantara untuk penyebaran maklumat tetapi juga pendorong kuat dalam mewujudkan dan membentuk pendapat umum, selain mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat.
"Kuasa media kini menjadi lebih kuat dalam mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sesuatu perkara apabila teknologi seperti Internet dijadikan sebagai medium penyebaran maklumat dan berita," katanya.
Pada majlis itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menerima penghargaan 'Media Paling Menyokong' tahun 2019 bagi kategori Organisasi, yang diterima Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain.
Bernama.com pula menerima penghargaan bagi kategori Dalam Talian, manakala Bernama TV untuk kategori Televisyen.
Selain itu, Raziyaza Mohammed dan Erda Khursyiah Basir merupakan dua wakil Bernama meraih penghargaan sebagai 'Pengamal Media Paling Menyokong'.
Majlis penghargaan itu sepatutnya berlangsung pada Disember tahun lepas di Kuantan, Pahang, namun ditunda akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Internet
#keselamatan siber
#mohd azumi mohamed
#cybersecurity
#KKMM
#MCMC
#akar teknikal
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan