awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramai suami isteri di Malaysia enggan tambah jumlah anak

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/07/2019
06:58 MYT
Ramai suami isteri di Malaysia enggan tambah jumlah anak
Disebabkan wanita berkerjaya sukar mengimbangi peranan anatar tempat kerja dan rumah menyebabkan sebilangan suami isteri selesa dengan kehadiran seorang atau dua cahaya mata sahaja. - Gambar hiasan
Sebilangan besar pasangan suami isteri di negara ini dikesan tidak berhasrat untuk memiliki ramai cahaya mata sedangkan usia mereka masih muda.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPPKM-5) mendapati, kebanyakan pasangan lebih selesa mempunyai seorang atau dua sahaja cahaya mata.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, antara sebab utama yang menyumbang pada trend berkenaan adalah disebabkan kesukaran yang dihadapi wanita berkerjaya untuk mengimbangi peranan mereka dalam keluarga dan di tempat kerja.
“Mekanisma yang praktikal antara tuntutan pekerjaan dan keluarga seperti kemudahan penjagaan anak di tempat kerja adalah perlu bagi mengatasi masalah ini,” kata Yeoh.
Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Cabaran Utama Kependudukan di Malaysia di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada Khamis.
Seminar tersebut dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dan United Nations Population Fund (UNFPA) sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2019, yang disambut pada 11 Julai setiap tahun.
Dalam masa sama, Yeoh berkata, alasan yang lazim diberikan pasangan yang enggan menambah ahli keluarga disebabkan pasangan yang terpaksa tinggal berjauhan disebabkan faktor tempat kerja.
"Perkara ini perlu ditangani dengan baik kerana salah seorang terpaksa mengambil tugas apabila perlu menguruskan keluarga dan menjaga anak bersendirian," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#anak
#cahaya mata
#Hanna Yeoh
#Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima
#Ramai suami isteri di Malaysia enggan tambah jumlah anak
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan