awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump beri amaran kepada Iran, berhenti caj kapal di Selat Hormuz
Konflik Asia Barat: Ketua Majlis Strategik Iran meninggal dunia akibat serangan AS–Israel
Pemain transgender dilarang sertai acara dart wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan kapal Equanimity tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB - KPN

Israr Khalid
Israr Khalid
07/03/2018
12:37 MYT
Rampasan kapal Equanimity tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB - KPN
Jho Low tidak pernah bekerja di syarikat 1MDB, menurut laporan PAC. - Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron menegaskan bahawa rampasan kapal layar mewah Equanimity yang didakwa milik Jho Low di Bali , Indonesia tiada kaitan dengan siasatan yang dijalankan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menerusi kenyataan rasminya hari ini, beliau berkata bahawa rampasan itu adalah satu tindakan pelucuthakan sivil di mahkamah di Amerika Syarikat terhadap individu yang bernama Low Taek Jho itu sahaja, dan bukannya terhadap syarikat pelaburan strategik itu.
“Daripada penyiasatan polis (PDRM) berdasarkan dapatan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016, Low Taek Jho tidak pernah bekerja di syarikat 1MDB.
“Tiada keterangan yang kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat 1MDB,” katanya.
Malah, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang makluman daripada pihak berkuasa Indonesia atau Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat berhubung rampasan kapal itu pada 28 Februari tempoh hari.
Bagaimanapun katanya lagi, sekiranya pihak polis memperoleh sebarang keterangan baharu terhadap Jho Low, tindakan sewajarnya menurut undang-undang akan diambil terhadap individu tersebut.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Equanimity
#FBI
#Jho Low
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan