awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah lulus ujian GDL: SPRM tahan 6 individu termasuk penguat kuasa

Hilmi Malik
Hilmi Malik
24/06/2022
06:44 MYT
Rasuah lulus ujian GDL: SPRM tahan 6 individu termasuk penguat kuasa
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban hari ini membenarkan permohonan pihak SPRM untuk menahan reman kesemua enam suspek. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai enam individu termasuk dua pegawai penguat kuasa agensi kerajaan kerana disyaki terlibat dengan rasuah.
Rasuah itu ialah bagi meluluskan ujian memandu kelas Kenderaan Perdagangan (GDL) menerusi institusi memandu di sekitar Negeri Sembilan.
Selain dua pegawai penguat kuasa tersebut, empat suspek lain merupakan tenaga pengajar dan pekerja di institusi memandu.
Difahamkan, lima daripada enam suspek lelaki tersebut kini direman selepas Penolong Kanan Pendaftar Khairunnisa Kasa membenarkan permohonan pihak SPRM di Mahkamah Khas Reman Seremban, hari ini.
Empat daripada mereka direman selama lima hari, seorang selama tiga hari manakala seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM disebabkan faktor kesihatan.
Menurut sumber, kesemua suspek yang berusia antara 35 dan 65 tahun tersebut ditahan kira-kira jam 5 petang hingga 6 petang di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, semalam.
Katanya, mereka disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah antara RM300 dan RM650 daripada pemohon bagi meluluskan setiap ujian lesen memandu kelas GDL melalui tenaga pengajar institut memandu sekitar Negeri Sembilan.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) & Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#SPRM
#lesen memandu
#penguat kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan