awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah organisasi komersial: Penghakiman perlu tegas - IDEAS

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/03/2021
07:14 MYT
Rasuah organisasi komersial: Penghakiman perlu tegas - IDEAS
Duluan penghakiman itu akan memastikan syarikat-syarikat akan dipertanggungjawab atas setiap salah laku mereka. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pendakwaan di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 bakal menjadi duluan yang penting kepada organisasi komersial di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Tricia Yeoh menegaskan duluan penghakiman itu akan memastikan syarikat-syarikat akan dipertanggungjawab atas setiap salah laku mereka.
"Akta ini membenarkan siasatan dijalankan ke atas syarikat-syarikat yang membenarkan amalan rasuah.
"Rasuah harus dicegah dan saya sokong SPRM dalam usaha mereka memastikan pihak pengurusan syarikat bertanggungjawab atas kegagalan mereka melaksanakan usaha yang wajar," ujarnya.
Malah, beliau turut menyeru pihak berkuasa untuk menangani kes ini dengan serius bagi menetapkan duluan yang baik untuk masa hadapan supaya pihak yang bersalah akan mengetahui nasib yang bakal dilalui mereka.
"Selain daripada itu, saya juga berharap bahawa hukuman yang berat akan dijatuhkan atas perbuatan rasuah yang terdapat dalam kalangan penjawat awam.
"Rasuah seringkali melibatkan kedua-dua pihak - sektor swasta dan awam. Undang-undang mesti mengenal pasti kesalahan yang berlaku di kedua-dua pihak," katanya kepada Astro AWANI.
Pada 17 Mac lalu, seorang bekas pengarah syarikat yang membekalkan perkhidmatan penyewaan kapal menjadi individu pertama dituduh di bawah kesalahan Liabiliti Korporat Seksyen 17 Akta tersebut.
Lelaki berusia 64 tahun itu dituduh bawah akta tersebut selepas disyaki memberi rasuah RM321,350 sebagai imbuhan memberikan subkontrak penyewaan kapal dalam kerja cari gali minyak.
Secara asasnya, menerusi Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Pindaan 2018), organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum sekiranya pekerja atau pihak bersekutunya terlibat dengan jenayah rasuah.
Organisasi komersial tersebut boleh disifatkan bersalah dalam keadaan sama ada pihak pengurusan atasannya atau wakilnya tahu tentang kelakuan rasuah yang dilakukan oleh pekerja atau pihak bersekutunya.
Jika sesebuah organisasi komersial disabit kesalahan, hukuman di bawah Seksyen 17A(2) adalah denda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, atau dipenjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun organisasi komersial boleh membela diri jika dapat menunjukkan bahawa organisasi tersebut mempunyai 'tatacara mencukupi' yang telah dilaksanakan bagi mencegah berlakunya rasuah dalam operasi atau akvititi perniagaan mereka.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#rasuah busters
#penyelewengan
#rasuah syarikat korporat
#rasuah organisasi komersial
#undang-undang
#penjawat awam
#jenayah
#ideas
#Tricia Yeoh
#Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi IDEAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan