awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rayuan BR1M dilanjutkan sehingga 15 April

Bernama
Bernama
02/04/2015
11:45 MYT
Rayuan BR1M dilanjutkan sehingga 15 April
Tempoh rayuan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 yang sepatutnya berakhir 31 Mac lepas, dilanjutkan sehingga 15 April.
Tempoh rayuan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang sepatutnya berakhir 31 Mac lepas, dilanjutkan sehingga 15 April, kata Kementerian Kewangan.
Kementerian itu menyatakan rayuan boleh dibuat di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.
"Dengan pelanjutan tempoh rayuan, ia akan memberi peluang kepada pemohon-pemohon yang gagal mendapat bantuan itu untuk mengemukakan rayuan," menurut kementerian dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu juga menyebut kerajaan bersetuju pembayaran peringkat kedua BR1M 2015 dilaksanakan mulai 28 Mei depan.
Secara keseluruhan hampir 7.28 juta penerima telah mendapat manfaat daripada pemberian BR1M 2015 dan daripada jumlah itu 4.17 juta merupakan penerima bagi kategori isirumah di bawah pendapatan RM3,000.
"Seramai 410,000 lagi adalah penerima bagi kategori isirumah berpendapatan di antara RM3,001 hingga RM4,000, katanya.
Penerima bagi kategori individu bujang adalah seramai 2.7 juta orang, kata Kementerian Kewangan. Kerajaan memperuntuk RM5.3 bilion bagi menjayakan program BR1M 2015.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau menghantar emel ke [email protected], untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Bantuan Rakyat 1Malaysia
#Barisan Nasional
#BN
#BR1M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan