awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands

Bernama
Bernama
11/02/2025
10:00 MYT
Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands
Mangsa lemas ketika melakukan aktiviti di sungai tersebut dan ditemukan kira-kira tiga meter dari lokasi terakhirnya pada 12.44 tengah hari. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, tengah hari tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa Adam Ashraf Mohd Amir, 19, lemas ketika melakukan aktiviti di sungai tersebut dan ditemukan kira-kira tiga meter dari lokasi terakhirnya pada 12.44 tengah hari.
Menurut JBPM, panggilan kecemasan diterima daripada rakan mangsa pada 11.43 pagi sebelum enam anggota dengan sebuah jentera dari dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, Komander Operasi menjalankan pencarian permukaan ('surface searching') di kawasan sekitar sebelum mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri," menurut kenyataan itu.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes lemas
#batang kali
#Genting Highlands
#Sungai Kedondong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan