awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja OKU ditinggalkan sendirian terjatuh dari apartment

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2022
16:29 MYT
Remaja OKU ditinggalkan sendirian terjatuh dari apartment
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada ibu mangsa pada jam 8.32 pagi. - Sinar Harian
AMPANG: Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat satu sebuah apartment di Taman Melawati, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu dimaklumkan kepada ibu mangsa pada jam 8.32 pagi.
Menurutnya, mangsa yang terjatuh ke atas kereta mengalami kecederaan di kepala dan menerima lima jahitan selain retak pada tangan.
"Siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan seorang diri di rumahnya sejak jam 9.15 malam Jumaat lalu kerana ibunya membawa anak perempuan berumur lima tahun ke latihan renang dan bermalam di sebuah hotel di Damansara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan ibu mangsa pada jam 2 petang, Ahad.
Katanya, ibu mangsa berusia 43 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Ampang pada Isnin untuk permohonan reman.
"Kes disiasat bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja OKU
#terjatuh
#Taman Melawati
#Polis Daerah Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan