awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan 13 tahun dirogol empat lelaki selepas berkenalan di WhatsApp

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/02/2021
08:23 MYT
Remaja perempuan 13 tahun dirogol empat lelaki selepas berkenalan di WhatsApp
Polis berjaya memberkas enam lelaki tempatan semalam, yang dipercayai terlibat dalam kejadian rogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sini.
PENGKALAN HULU:Polis berjaya memberkas enam lelaki tempatan semalam, yang dipercayai terlibat dalam kejadian rogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sini.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, ia ekoran laporan yang diterima kira-kira 2 petang, melibatkan mangsa yang mendakwa dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah di Kampung Simpang Perak, Ayer Panas.
Menurutnya, mangsa mendakwa telah berkenalan dengan salah seorang suspek melalui aplikasi WhatsApp pada 5 Febuari lalu sebelum dipelawa untuk bersiar-siar di sekitar Pengkalan Hulu kira-kira jam 7.50 malam keesokan harinya.
Katanya, mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah dan dirogol oleh suspek berkenaan, sebelum turut diroogol oleh tiga lagi lelaki di tiga bilik berasingan di rumah tersebut antara jam 11 malam 6 Febuari sehingga 3 petang 7 Febuari.
“Mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan besar Kampung Tanjung Kala, Gerik pada 7 Febuari jam sekitar 6.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkepli berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.
Menurutnya, berdasarkan laporan yang dibuat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu berjaya menangkap enam lelaki berusia antara 18 hingga 58 tahun di beberapa lokasi berlainan di sekitar daerah Pengkalan Hulu.
Kesemua suspek direman sehingga 15 Februari dan kes disiasat dibawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#remaja bawah umur
#rogol
#Kampung Simpang Perak
#Ayer Panas
#Pengkalan Hulu
#Kampung Tanjung Kala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan