awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan ditemui rentung dalam kereta

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2017
08:06 MYT
Remaja perempuan ditemui rentung dalam kereta
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Gambar hiasan
Polis menemui mayat seorang remaja wanita dalam sebuah kereta yang terbakar di hadapan sebuah rumah di Hartamas Heights, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.22 pagi itu, mangsa Harneet Dhillon, 18, seorang warga India, ditemui rentung seluruh tubuh dalam kereta jenis Hyundai yang terbakar di hadapan rumah ibu saudaranya di Jalan Changkat Hhartamas 2.
Berdasarkan siasatan dan pemeriksaan awal yang dijalankan oleh pihak polis dan Unit Forensik, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai unsur jenayah.
Mangsa yang dipercayai menghidap sejenis penyakit dan mula mendapatkan rawatan dari sebuah hospital swasta di sini sejak tahun 2015, dilaporkan tinggal bersama ibu saudaranya dan enam lagi penghuni lain.
Dia juga dilaporkan belajar di rumah ibu saudaranya itu sejak menjalani rawatan di hospital berkenaan.
Sebelum itu, mangsa kali terakhir dilihat ibu saudaranya sedang berbaring di tempat tidur selepas makan ubat sekitar jam 12.30 tengah malam tadi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan namun masih menunggu laporan bedah siasat.
"Pada masa ini kita sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes berkenaan sama ada benar-benar terdapat unsur jenayah atau disebabkan kemalangan," katanya.
Topic Berkaitan
#Hospital Kuala Lumpur
#kereta
#mangsa
#remaja
#rentung
#Rusdi Mohd Isa
#wanita
#warga india
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan