awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Suraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja warga Yaman cedera parah tersepit pintu lif

Bernama
Bernama
28/11/2015
00:29 MYT
Remaja warga Yaman cedera parah tersepit pintu lif
Seorang remaja warga Yaman cedera parah di kaki dan pengsan setelah tersepit di pintu lif sebuah pangsapuri di Kajang. - Gambar Fail
Seorang remaja warga Yaman cedera parah di kaki dan pengsan setelah tersepit di pintu lif sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, Sungai Chua, Kajang dekat sini, malam ini.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 malam, remaja perempuan yang berumur 12 tahun itu tersepit di pintu lif di tingkat 14 pangsapuri berkenaan ketika dalam perjalanan ke kediaman keluarganya.
"Kejadian itu menyebabkan kedua-dua belah kakinya hancur. Bomba yang tiba selepas dimaklumkan, berjaya menarik dan merenggangkan pintu lif untuk menyelamatkan remaja tersebut. Mangsa yang pengsan kemudian diserahkan kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Topic Berkaitan
#Hospital Kajang
#kaki hancur
#remaja
#tersepit lif
#Yaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan