awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2023
02:10 MYT
'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan
Mazlan (dua,kanan) tidak menang tangan melayan pengunjung yang ingin mendapatkan plastik alas untuk berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan, Lembah Sireh, Kota Bharu. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Seorang pesara tentera tidak menyangka tindakan menjual plastik yang dijadikan sebagai alas tempat duduk semasa berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan, Lembah Sireh di sini memberi 'rezeki terpijak' buatnya.
Mazlan Hussin, 43, berkata, setiap hari sepanjang Ramadan dia mampu menjual hampir 300 keping plastik berkenaan.
"Saya menjual ia dengan harga RM2 sahaja dan boleh memuatkan seramai empat orang.
"Awalnya saya ke sini untuk berniaga air tuak. Namun selepas melihat ramai pengunjung tidak membawa alas tempat duduk, ia memberi idea kepada saya untuk menjual plastik tersebut," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut dia, dengan adanya alas tersebut pengunjung hanya perlu membuang ke tong sampah selepas digunakan.
Ujarnya, tindakan itu membolehkannya meraih pendapatan lumayan sepanjang Ramadan ini.
Mazlan memberitahu, sumber tersebut dapat digunakan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Fenomena berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan itu tercetus selepas orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing di media sosial.
Ia mula menjadi tarikan ramai selepas negara beralih ke fasa pandemik sekitar tahun 2022. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pesara tentera
#Sungai Kelantan
#Mazlan Hussin
#Puasa 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan