Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran bimbang bekalan minyak

Pada masa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent meningkat 4.71 peratus kepada AS$96.14 setong.
Pada akhir dagangan, ringgit mencatatkan prestasi rendah kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding yen Jepun kepada 2.4720/4746 daripada 2.4719/4755 ketika ditutup semalam, dan rendah berbanding pound British kepada 5.2554/2608 daripada 5.2545/2619.
Bagaimanapun, unit tempatan lebih kukuh berbanding euro kepada 4.5361/5408 daripada 4.5412/5475.
Ringgit mencatatkan prestasi dagangan bercampur-campur kebanyakan berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit domestik tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.3257/3452 daripada 12.3386/3637 ketika ditutup semalam, dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.60/6.62 daripada 6.62/6.64.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0786/0820 daripada 3.0754/0800 semalam, dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 232.2/232.6 daripada 232.0/232.4.
-- BERNAMA

